Saturday 27 September 2014

PENYAKIT ASMA / LELAH

  1. Apa itu asma/lelah
  • Asma merupakan penyakit kronik yang disebabkan keradangan pada saluran pernafasan.
  • Keradangan akan menyebabkan penyempitan pada saluran pernafasan.
  

2.  Apakah tanda-tanda asma.
  • penyempitan saluran pernafasan menyebabkan berlakunya sesak nafas, ketat dalam dada (chest tightness), bunyi seperti wisel semasa tarik nafas (wheezing) .
  • Batuk berpanjangan  terutama di waktu malam juga merupakan gejala asma yang kadang-kadang disalahanggap sebagai batuk biasa pada individu yang tidak pernah di diagnos asma.
3. Siapakah berisiko mengalami asma
  • Dialami oleh semua lapisan umur.
  • Risiko meningkat sekiranya terdapat sejarah keluarga asma
4. Adakah asma boleh sembuh
  • Asma tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal daripada berlakunya serangan dengan rawatan yang betul.
5. Apakah rawatan asma
  • Bergantung kepada keterukan (severity) asma
  • Elakkan daripada faktor yang menyebabkan serangan asma (precipitating factors) seperti habuk, bulu kucing, makanan sejuk dan sebagainya.
  • Serangan asma memerlukan rawatan yang cepat. Pesakit asma perlu ada ubat 'rescue' iaitu salbutamol inhaler ...
  • Sekiranya gejala serangan asma terlalu kerap, pesakit mungkin memerlukan rawatan corticosteroids inhaler.
Salbutamol Inhaler

6. Bila perlu 'nebuliser'
  • Prinsip rawatan 'nebuliser' adalah sama dgn salbutamol inhaler. Perbezaan adalah 'nebuliser' di beri secara berterusan ( continous) manakala inhaler memerlukan teknik yang betul untuk mendapat kesan rawatan yang optimun.
  • 'nebuliser' perlu sekiranya rawatan menggunakan teknik inhaler kurang berkesan.